AMALAN SAYA SEBELUM HAMIL
OK, Nona nak share sedikit antara amalan yang Nona amalkan apabila Nona merancang kehamilan Nona kali ini.Sebenarnya seperti post Nona sebelum ini, nona ada cerita yang kehamilan pertama nona tidaklah merupakan satu berita yang begitu mengembirakan kami. Bukan tak gembira, cuma mungkin sebab kami tidak merangcang betul-betul lagi masa depan kami bertiga. Jadi kami macam bingung sedikit masa itu.
Bila kali kedua Nona disahkan hamil masa tu pun kami tidak plan untuk tambah anak. Tapi happy juga masa tu sebab kebetulan tarikh sah hamil lebih kurang tarikh nona disahkan hamil kali pertama dulu. Maksudnya kalau berjaya kehamilan tu, nona akan bersalin bulan September juga.Sama macam bersalin Akid dulu. Macam best pulak..Tapi nak buat macammana, masuk minggu ke-9 doktor sahkan jantung baby tak dapat detect. So..DNC
OK, kehamilan yang ketiga ni nona memang plan. Inilah pertama kali rasa perasaan nak sangat mengandung dan tambah anak lagi. Mungkin ini hikmahnya bila nona keguguran dulu. Nona lebih rasa bersyukur dengan kehamilan ini setelah 6 bulan selepas keguguran nona cuba untuk mengandung kembali. Memang nona dan suami happy sangat dan rasa macam kali pertama mengandung pula.
Ok berbalik kepada tajuk, AMALAN SAYA SEBELUM HAMIL...Nona ringkaskan disini, mungkin Ibu-ibu diluar sana boleh mencuba amalan ini. Kita hanya usaha. Allah penentu segalanya.
1) Solat Taubat
Solat taubat ni penting pada nona, sebab mungkin dulu bila orang tanya nona, "bila nak tambah anak lagi?'' Nona mesti jawab "xnak dah, yang ni first and last"..Trauma bersalin yang pertama dulu.Jadi Nona rasa nona perlu untuk solat taubat dan menyesali perkataan nona semasa Nona jahil dulu.
Selain itu nona rasa kita sebagai ibu, perlu juga solat taubat untuk menyesali apa perbuatan kita pada anak kita. Mesti ada salah dan silap kita semasa kita membesarkan mereka. Mungkin kita ada merungut " anak aku ni susahnya nak jaga, malam tak nak tidur..." Mungkin kata-kata kita tu seolah-olah menunjukkan kita tidak gembira dengan rezeki yang Allah beri kepada kita.
2) Solat Hajat
Bila hati kita dah suci dari dosa, InsyaAllah, buatlah solat hajat. Minta pada Allah dipermudahkan kita untuk dapat cahayamata, atau untuk menambah cahayamata. Buatlah dikala orang lain tidak tahu kita bersolat sunat kepadaNya.
3) Doakan untuk orang lain
Ikhlaskan hati kita untuk doakan untuk kawan-kawan kita dan semua umat Islam yang lain untuk turut mnjadi Ibu, supaya ramai umat Islam di akhir zaman ini. Semoga semuanya menjadi anak ynag soleh dan solehah. Nona ada baca, kalau kita doakan untuk orang lain, tanpa mereka tahu kita mendoakan untuk mereka, Malaikat juga akan mendoakan benda yang sama untuk kita. Amin
Ini sahaja yang nona nak kongsikan kali ini. OK, selamat mencuba. Semoga kita saling mendoakan sesama kita...Bye..;) Assalammualikum/
No comments:
Post a Comment