Ok, bersesuaian dengan mood raya ni, nona Azizah nak kongsikan sedikit
cara-cara untuk solat bagi orang yang bermusafir. Solat ini boleh memudahkan urusan kita
sebab boleh dipendekkan dan boleh dilakukan sebelum masuk waktu atau selepas habis waktu tersebut.
Contohnya kalau kita nak gerak dari Penang- Kl ambil masa 4jam.
Katakan kita gerak pukul 2ptg,jadi sebelum bertolak kita tunaikan dulu solat zohor bersama-sama dengan solat asar. So, nanti bila masuk highway kita tak perlu susah-susah nak berhenti untuk bersolat Asar sebab kita dah masukkan asar dalam waktu zohor.
Namun begitu bukanlah kita kena sembahyang 8 rakaat (zohor 4 + asar 4 = 8 rakaat), tetapi kita boleh pendekkan(qasar) 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Islam telah memudahkan urusan kita sebagai musafir, jadi kenapa kita masih sombong dengan tak mahu sembahyang langsung dengan alasan nak cepat sampai.
Untuk keterangan lebih lanjut boleh baca di bawah ni.
Ingat nak tulis sendiri, tapi bila baca huraian web ni
sangat mudah difahami jadi nona Azizah kopi dan paste je..huhu..Kredit diberi
kepada MasjidWilayah.gov
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan/dikumpul
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu
setelah keluar dari rumah iaitu:-
"Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)
1. Melakukan
sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan
sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah
"Sahaja aku
sembahyang fardu zuhur 2 rakaat, qasar(dipendekkan)
jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah
"Sahaja aku
sembahyang fardu asar 2 rakaat, qasar (dipendekkan)
jamak takdim kerana Allah
Tallah".
Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)
1. Melakukan
sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan
syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati
sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu
asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula
sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah
"Sahaja aku sembahyang
fardu asar 2 rakaat, qasar(dipendekkan)
jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah
"sahaja aku
sembahyang fardu zuhur 2 rakaat, qasar (dipendekkan)
jamak takhir kerana Allah
Talla".
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya
tapi
waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu
dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah
"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat,
dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah
"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar
dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)
1. Melakukan
sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa
niatkan sebelum waktu magrib berakhir
"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah
"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2,rakaat ,qasar ,
dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah
"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat,
dijamakkan
fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah"