Wednesday, 23 July 2014

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar


Ok, bersesuaian dengan mood raya ni, nona Azizah nak kongsikan sedikit
cara-cara untuk solat bagi orang yang bermusafir. Solat ini boleh memudahkan urusan kita
sebab boleh dipendekkan dan boleh dilakukan sebelum masuk waktu atau selepas habis waktu tersebut.
Contohnya kalau kita nak gerak dari Penang- Kl ambil masa 4jam.
Katakan kita gerak pukul 2ptg,jadi sebelum bertolak kita tunaikan dulu solat zohor bersama-sama dengan solat asar. So, nanti bila masuk highway kita tak perlu susah-susah nak berhenti untuk bersolat Asar sebab kita dah masukkan asar dalam waktu zohor. 


Namun begitu bukanlah kita kena sembahyang 8 rakaat (zohor 4 + asar 4 = 8 rakaat), tetapi kita boleh pendekkan(qasar) 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Islam telah memudahkan urusan kita sebagai musafir, jadi kenapa kita masih sombong dengan tak mahu sembahyang langsung dengan alasan nak cepat sampai.
Untuk keterangan lebih lanjut boleh baca di bawah ni.

Ingat nak tulis sendiri, tapi bila baca huraian web ni sangat mudah difahami jadi nona Azizah kopi dan paste je..huhu..Kredit diberi kepada  MasjidWilayah.gov

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan/dikumpul
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-
"Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.


Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
     Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah
 "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat, qasar(dipendekkan) 
 jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah
 "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat, qasar (dipendekkan) 
 jamak takdim kerana Allah Tallah".


Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
     Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati 
sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah 
"Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat, qasar(dipendekkan)
 jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah
 "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat, qasar  (dipendekkan)
jamak takhir kerana Allah Talla".


Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi 
waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-


Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah
"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat,
 dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah
"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".


Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
     Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir
"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah
"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2,rakaat ,qasar ,
dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat,
 dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah"

Tips Balik Kampung

Mood raya kembali lagi, al maklumlah lagi 3 hari nak raya...;). Post hari ini bersesuaian dengan mood raya kita, jadi sudi-sudilah kiranya tips2 ini dibaca dan diamalkan..Semoga selamat perjalanan kita semua ..Aminnn Ya Rabb

1) Doa naik kenderaan

 Yang ni WAJIB dibaca sebelum kita tekan pedal minyak kereta kita. Doa ni bukan sahaja untuk balik kampung sahaja, tapi perlu di baca setiap kali kita ingin memulakan perjalanan hatta ke kedai runcit sekali pun.

2) CD / PENDRIVE ayat2 AL-Quran / Nasyid / Zikir Harian

Sebagai orang Islam kenalah ada benda ni dalam kereta. Mainkanlah lagu2 ketuhanan yang boleh menenangkan jiwa kita. InsyaAllah kalau jem 3 jam pun jiwa tak lah nak mengamuk je..kan..Tambahan pula, jikalau berlakunya
perkara yang tidak diiingini. InsyaAllah kita masih dibawah lindunganNya..Bayangkanlah jika dah sampai masa kita pulang kepadaNya, kita pergi dalam keadaan kita mendengar ilmu2Nya..seronokkan..Tapi kalau tengah dengar lagu-lagu hardcore metal ke, tiba2 kita dijemput olehNya, mmm..mati katak kita.(sory)

3) MAKANAN RINGAN

Ini hanya sebagai persediaan jikalau kita terperangkap dalam jem diwaktu hampir berbuka

4)SERVIS KERETA

Overall kena check yea..tayar botak tak, minyak hitam dan sebagainya..nak cite pun nona Azizah tak tau sangat.
Sebab nona Azizah hantar je kedai servis, apa diaorang buat nona pun xtau sangat..hehe..Yang penting kita dah hantar ke kedai servis ok..

5) SINGGAH RnR UNTUK SOLAT

Yang ni WAJIB. Tahukah kita sesungguhnya antara doa yang mustajab ialah doa seorang musafir.Jadi ambillah peluang untuk berhenti sembahyang mana2 RnR dan mintalah apa sahaja yang kita nak kepadaNya. Nak minta dapat duit raya banyak tahun ni pun boleh kot..mmm...hehe.

OK, 5 perkara ni cukup lah kot..Kalau tulis banyak-banyak nanti mengarut je lebih nona ni..hihi. Ohyea..jangan lupa beli ole-ole dari bandar untuk orang kampung ok..

Semoga bermanfaat perkongsian hari ini, Selamat mencuba, Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Monday, 21 July 2014

Nikmat Cinta yang SATU

Buat kali keberapa air mata ini menitis lagi melihat video-video yang dikongsikan di halaman mukabuku... Tetapi kali ini air mata ini bukan menitis kerana kesedihan melihat kaum wanita di rogol oleh rejim zionis, bukan juga kerana melihat anak-anak kecil dibunuh ketika seronok bermain, dan bukan juga kerana melihat kaum bapa dikelar leher dan di tembak di kepala menggunakan senjata Israel laknatullah..bukan..bukan..bukan kerana itu semua..! 

 Hati ini menangis kerana melihat seorang hamba Allah (tentera Al-Qassam) yang begitu kuat cintanya kepada Allah S.W.T sehinggakan kita yang melihat pun terasa tempias cintanya kepada sang Maha Pencipta. Masakan tidak, ketika video ini dimainkan saya mendengar suara orang mengaji..sangkaan saya.."Oh..mereka memainkan bacaan Al-Quran di hospital ini..mungkin untuk menaikkan dan memulihkan semangat pesakit-pesakit dan juga para doktor yang sedang berjuang disitu". 

 Namun hati ini mula terasa sebak, air mata mula mengalir laju...apabila melihat bacaan al-Quran itu sebenarnya dibaca oleh pesakit yang sedang terlantar tanpa tangan itu..ya..memang dia!!.. 

 SubahanaAllah..bagaimana boleh kuat begitu menahan kesakitan, tangannya yang terputus belum pun berbalut...tiada langsung terdengar suara mengerang kesakitan, bacaannya begitu lancar dan sedap didengar.. 

 Diri mula terasa malu...malu...Ya..aku malu denganMu Ya Allah..tiada kata dapat menggambarkan rasa......................................................................................................................................................;'(

Sunday, 20 July 2014


Rukum Iman - ada 6 perkara:                                             

 1)Allah                                              
2) Malaikat                                              
3) Kitab-kitab Allah                                              
4) Rasul-rasul Allah                                             
 5) Hari kiamat                                              
6) Qada' dan Qadar

Rukun Islam - ada 5 perkara :                                              
1) Mengucap 2 kalimah Syahadah                                             
2) Sembahyang 5 waktu sehari semalam                                            
3) Berpuasa di bulan puasa                                             
4) keluarkan Zakat                                            
5) mengerjakaHaji bagi yang mampu

Tips mudah ingat dan tak confius antara Rukun Iman dan Rukun Islam:                                         * kalau rukun iman kita kena ingat kata kunci

 "BERIMAN KEPADA"......                                            
  cth: "BERIMAN KEPADA"....Allah,                                                  
         "BERIMAN KEPADA".....Malaikat  dll.

Sebab apa kita kena ingat kata kunci ni, sebab kadang-kadang kita tersilap antara rukun iman dan rukun Islam...

Kalau rukun Islam, yang pertama contohnya, Mengucap 2 kalimah syahadah..jadi dengan kata kunci "BERIMAN KEPADA.......mengucap dua kalimah syahadah..(.macam xkena kan)..

kalau kita cakap "beriman kepada"...mesti ada sesuatu benda atau makhluk yang kita tuju...iaitu beriman kepada Allah ...dan seterusnya...

p/s: tips mudah ingat ni adalah cara saya sendiri nak ingat ..bagi sesiapa yang ada kaedah sendiri dan rasa lagi mudah nak ingat...apa lagi...JOM KITA SHARE JOM..;-)
OK..Assalammualaikum...(jawab jommm...Waalaikummussalam );-) 

Wednesday, 9 July 2014

Nama nama Malaikat


Hari ni saya nak ajak kawan2 semua jom kita ulangkaji nama-nama Malaikat...Ingat beriman kepada Malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2..Jadi apa bukti kita beriman kepada Malaikat??..Antara buktinya adalah dengan kenal kepada Nama-nama Malaikat dan juga tahu tugas-tugas mereka...Jom kite..


Malaikat Jibril  = Sampaikan wahyu kepada Rasul dan Nabi Allah

Malaikat Mikail = Bawa rezeki, atur peredaran alam semesta

Malaikat Izrail = Mencabut Nyawa

Malaikat Israfil = Meniup sangkakala apabila tiba hari kiamat

Malaikat Raqib = Catat amalan baik manusia

Malaikat Atid = Catat amalan jahat manusia

Malaikat Mungkar dan

Malaikat Nangkir = Menyoal soalan kubur

Malaikat Ridhwan = Jaga Syurga

Malaikat Malik = Jaga Neraka

 

 Okies..tu je tuk kali ini lahhh..Jom kenal n hafal sama;-)

Assalammmualaikumm..jawab jomm..