Wednesday 11 November 2015

BINA RUMAH ALLAH



As Salam...lama Nona xmenulis dalam ni..huhu..

Hari ni Nona nak tulis harapan Nona..Nona teringin sangat nak bina rumah Allah..atau masjid..Nona ada sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ..ilmu bina bangunan..bukan pakar..tapi ini cuma ilmu Allah pinjamkan.Terdetik dihati..kalaulah nona boleh menggunakan sedikit ilmu nona ni untuk membina rumah Allah..Allahu Akbar..kalaulah nona dipilih oleh Allah menjadi sebahagian daripada hamba-hambanya ynag membina rumah Allah...In sha Allah...pasti tercapai jika betul-betul minta pada Allah.

Ya Allah.. jika suatu hari nanti direzekikan hamba-Mu yang hina ini mendirikan masjid..kau berilah rezeki pahala itu kepada kedua orang tua ku jua, kerana jika tidak kerana mereka yang bertungkus lumus menyekolahkan aku sehingga ke institut pengajian tinggi..tidaklah dapat aku ilmu ini..

Amin..Ya Rabb

Tuesday 16 December 2014

AIR TANGAN NONA AZIZAH

Ok..kat sini Nona bukan nak kongsi resepi..(bukan kedekut ).. sebab resepi sekarang terlampau banyak kat cik gugel kan..gugel je nama masakan mesti jumpa. So nona kat sini just nk simpan gambar2 koleksi masakan nona sepanjang nona pregnant ni.

Tak tahulah kalau ini tanda-tandanya nak dapat baby gugel ke..hehe..rasa xsuka makan masakan orang..pagi..tengahari..malam..nak air tangan sendiri jer..Yang paling best my Hubby la..huhu..

Ok ni dia..tadaaa....hahah

Ikan masak sambal

Buncis masin manis

Ayam Goreng Upin dan Ipin

Ayam Goreng + Sayur  Campur Goreng

Sambal Udang

Kobis masak Lemak

Patin Bakar

Sayur Campur Goreng

Soting Goreng Kunyit

Taucu

Taucu 

Taugeh + Sambal Tumis + Ikan Goreng + Sambal Belacan

Telur Half Cook Akid

Telur HalfCook dia da licinnnn..;)

Bahan2nya

Sesimple yang mungkin

Puding Roti

Ok tu jer...k bai

Friday 3 October 2014

SKETCHUP with IRender nXt

Ok...hari nona update sikit pasal kerja nona yang semakin improve ni...Alhamdulillah...
Janganlah bandingkan dengan profesional. Actually memang dah lama tak buat kerja-kerja ID ni.
Setelah 4 tahun tak buat kerja-kerja ID ni..tahun ni nona cuba try.. Alhamdulillah masih boleh lagi rupanya..
Ini semua rezeki bakat yang Allah SWT pinjamkan sementara.

OK ni hasil kerja terbaru nona..menggunakan Sketchup pro 8 dan IRender nXt...
click for enlarge

click for enlarge

clik for enlarge

Ok, disebabkan project ini masih sedang dalam kerja-kerja pembinaan, jadi nona tak bolehlah nak mention lokasi ni kat mana. Tapi kalau da siap nanti projek ni, kalau nona beritahu kat mana nona yakin semua orang tahu kat mana tempat ni. Semoga kedai ni akan terkenal nanti...Amin....

Kepada IDians kat luar sana yang masih ragu-ragu nak buat 3d boleh je guna sketchup ni. Tapi kalau nak nampak dan dengar profesional gunalah 3Dmax atau yang sewaktu dengannya...OK...bye..

"Teringin nak pergi Makkah kali ke-8..."

Assalammualaikum...

Ok post kali ni bukan nak perli orang ke, nak dengki kat orang ke..TIDAK....langsung tak ada perasaan begitu.. Cuma kadang rasa simpati bila terbaca post-post begini yang kadang-kala orang baca boleh menganggapkan..."menunjuklah tu"...walau kadang kita tak ada niat begitu...(betul ke xder niat??..tepuk dada tanya iman na ...)

Pagi ni nona ada buka FB..saja tengok info-info terkini tentang Malaysiaku yang aman dan update tentang kawan-kawan. Baca punya baca nona terbacalah satu post ni..post bergambar salah seorang kenalan nona di padang Arafah..

Ok, bila kita tengok gambar tu kita secara automatiknya boleh tahu dia sudah pun pernah menjadi tetamu Allah.. Alhamdulillah.. Happy untuk dia.

Tapi yang tak best bila postnya berbunyi seperti " xsabarnya nak pergi ke Makkah lagi untuk kali ke-8" (contoh kali ke-8)..Nona rasa orang terdekat dengan beliau sedia maklum beliau sudah pun pergi ke sana kali ke-6, kali ke-7 ..tapi tak payah lah kita nak tulis kali ke 8, 9,atau ke berapa pun. Cukup lah kita letak gambar kita dan cakap ( kalau nak cakap sangat)..." rindu kaabah".

Sebenarnya kali ke berapa kita pergi bukan itu yang perlu diperbesarkan..Sebab kalau kali pertama kita pergi cuba kita pergi dengan ilmu, pergi dengan persiapan untuk mendapat haji yang Mabrur. InsyaAllah sekali pun dah cukup kita kesana.

Lagi satu, kalau dengan kali ke-6, kali ke-7 kita pergi kesana tapi masih macam ni juga akhlak kita, patutnya kita malu nak beritahu orang " aku dah pernah pergi ke sana kali ke-6. Kadang dengan pembawakan diri kita, walau kita tak beritahu orang kita pernah pergi ke sana pun orang boleh tahu yang kita dah pergi ke sana.

Nona minta maaf kalau tulisan ni menyingung sesiapa. Bukan niat begitu. Berpesan-pesanlah antara kita supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang kerugian...Amin.

AMALAN SAYA SEBELUM HAMIL

OK, Nona nak share sedikit antara amalan yang Nona amalkan apabila Nona merancang kehamilan Nona kali ini.
Sebenarnya seperti post Nona sebelum ini, nona ada cerita yang kehamilan pertama nona tidaklah merupakan satu berita yang begitu mengembirakan kami. Bukan tak gembira, cuma mungkin sebab kami tidak merangcang betul-betul lagi masa depan kami bertiga. Jadi kami macam bingung sedikit masa itu.

Bila kali kedua Nona disahkan hamil masa tu pun kami tidak plan untuk tambah anak. Tapi happy juga masa tu sebab kebetulan tarikh sah hamil lebih kurang tarikh nona disahkan hamil kali pertama dulu. Maksudnya kalau berjaya kehamilan tu, nona akan bersalin bulan September juga.Sama macam bersalin Akid dulu. Macam best pulak..Tapi nak buat macammana, masuk minggu ke-9 doktor sahkan jantung baby tak dapat detect. So..DNC 

OK, kehamilan yang ketiga ni nona memang plan. Inilah pertama kali rasa perasaan nak sangat mengandung dan tambah anak lagi. Mungkin ini hikmahnya bila nona keguguran dulu. Nona lebih rasa bersyukur dengan kehamilan ini setelah 6 bulan selepas keguguran nona cuba untuk mengandung kembali. Memang nona dan suami happy sangat dan rasa macam kali pertama mengandung pula.

Ok berbalik kepada tajuk, AMALAN SAYA SEBELUM HAMIL...Nona ringkaskan disini, mungkin Ibu-ibu diluar sana boleh mencuba amalan ini. Kita hanya usaha. Allah penentu segalanya.


1) Solat Taubat


Solat taubat ni penting pada nona, sebab mungkin dulu bila orang tanya nona, "bila nak tambah anak lagi?'' Nona mesti jawab "xnak dah, yang ni first and last"..Trauma bersalin yang pertama dulu.Jadi Nona rasa nona perlu untuk solat taubat dan menyesali perkataan nona semasa Nona jahil dulu.
 Selain itu nona rasa kita sebagai ibu, perlu juga solat taubat untuk menyesali apa perbuatan kita pada anak kita. Mesti ada salah dan silap kita semasa kita membesarkan mereka. Mungkin kita ada merungut " anak aku ni susahnya nak jaga, malam tak nak tidur..." Mungkin kata-kata kita tu seolah-olah menunjukkan kita tidak gembira dengan rezeki yang Allah beri kepada kita.


2) Solat Hajat


Bila hati kita dah suci dari dosa, InsyaAllah, buatlah solat hajat. Minta pada Allah dipermudahkan kita untuk dapat cahayamata, atau untuk menambah cahayamata. Buatlah dikala orang lain tidak tahu kita bersolat sunat kepadaNya.


3) Doakan untuk orang lain


Ikhlaskan hati kita untuk doakan untuk kawan-kawan kita dan semua umat Islam yang lain untuk turut mnjadi Ibu, supaya ramai umat Islam di akhir zaman ini. Semoga semuanya menjadi anak ynag soleh dan solehah. Nona ada baca, kalau kita doakan untuk orang lain, tanpa mereka tahu kita mendoakan untuk mereka, Malaikat juga akan mendoakan benda yang sama untuk kita. Amin

Ini sahaja yang nona nak kongsikan kali ini. OK, selamat mencuba. Semoga kita saling mendoakan sesama kita...Bye..;) Assalammualikum/

Wednesday 24 September 2014

Design my 0wn wedDing DresS..



10.09 - khamis - ofiss - saje nak upl0ad...;-)


sila klik di gambar untuk pembesaran(haha)



sila klik di gambar untuk tumbesaran (kiki)

Ok, nona xnak banyak cerita..sebab banyak keje nak submit hari ni... Saje je nak membangkitkan mood pagi ni..asyik dok design kedai je..pagi ni saja main edit edit pic my wedding dress..

Ok, memang style nona suka sangat baju yang ada bishop shoulder...bishop ni maksudnya yang kembung kat bahu tu..Bila pakai nampak struktur badan kita cantik...(waa..macam struktur bangunan pulak kan..mentang2 la dok buat bangunan)

Oklah..malas nak merapu..cuma nak mengabdikan baju ni je...k bye2.